Cinta Zulaikha kepada Yusuff a.s

Posted by Diriku

Menggimbau kembali seerah seorang nabi yang namanya turut dikalamkan di dalam Al-Quran..

kisah ini adalah antara kisah yang menjadi inspirasi dan bahan cerita "cinta"..

"Dan wanita-wanita di kota berkata,"isteri al-Aziz menggoda anak bujangnya supaya menundukkan dirinya kepadanya, 'Sesungguhnya cintanya kepada anak bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata'." (surah Yusuf:ayat 30)

mulanya Yusuf hanya seorang kanak-kanak yang dijadikan anak angkat kepada Zulaikha,akan tetapi setelah Yusuf meningkat dewasa, Zulaikah telah terpikat dengan ketampanan Yusuf..

Ketampanan Yusuf ini sehingakan wanita-wanita yang di panggil untuk bersuka .a pabila terlihatkan akan Yusuf mereka terpotong tangan sendiri tanpa sedar..masyaALLAH..

iman yang menebal di dalam diri sehinggakan membuat Yusuf berdoa kepada tuhannya, " Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh."

Kebenaran pasti akan tersingkap, itulah janji Tuhan..

kemudian Zulaikah dikatakan hidup dalam kesedihan dan putus asa kerana ingatannya kepada Yusuf . Sebahagian yang lain berpendapat Zulaikha akhirnya berpindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiada khabar berita mengenainya sama sekali. Namun ada yang mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha bertaubat kepada Allah s.w.t. Ketika Yusuf di utuskan menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan Al-Aziz baginda bertemu dengan Zulaikha yang ketika itu sudah tua. Akhirnya Allah menjadikan Zulaikha mud remaja dan di kahwinkan dengan Nabi Yusuf. Zulaikha akhirnya menjadi wanita solehah yang sentiasa beramal kepada Allah.

wallahualam..

`bila membicarakan tentang cinta yang merupakan suatu perkara yang amat dekat dengan jiwa remaja. Akan tetapi ramai yang gagal untuk mengurus cinta mereka. yang kadangkala kononnya mengatakan cinta mereka "disandarkan hannya kepada Allah". Mereka lupa "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA". cara yang selalunya tidak syaro'. Waimah hafiz, ustaz pun tidak terlepas dari bahana Cinta ini.'

Jom berfifikr bersama

FISABILILLAH atau FISABILISY SYAITAN

Posted by Diriku

Rasulullah pernah ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan pekerjaan
yang terbaik. Dan Baginda menjawab, "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha
yang dilakukan seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang
dianggap baik (diredhai)." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Pesanan Rasulullah sudah jelas dan nyata. Setiap usaha yang dilakukan dengan niat penuh ikhlas, tanpa melanggar batasan agama dan syarak, dengan disertai niat yang baik; maka akan memberikan keberkatan yang tersendiri.

Bekerja juga dianggap suatu ibadah yang akan memberikan ganjaran. Pernah suatu ketika, semasa Rasulullah duduk bersama para sahabat, melintas seorang lelaki yang gagah yang sedang dalam perjalanan untuk bekerja. Kata sahabat,
"Kasihan orang itu, andainya tubuh muda dan gagah itu digunakan untuk fisabilillah,
alangkah baiknya."

Mendengar kata sahabat, Rasulullah cepat-cepat membetulkan kata-kata itu,
"Jangan kamu berkata begitu. Sebab jika dia keluar dari rumah untuk bekerja bagi menyara anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia berusaha untuk diri sendiri agar tidak meminta-minta daripada orang lain, itu pun fisabilillah. Tetapi jika dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dia miliki atau bermegah-megah, maka itu fisabilisy syaitan (atau kerana mengikut jalan syaitan!)"
(Riwayat Thabrani)

Nabi Yusuf dianiaya saudaranya

Posted by Diriku

DAN (bagi mengesahkan dakwaan mereka itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu. (Yusuf: 18)

PADA suatu hari adik-beradik Nabi Yusuf yang dengki kepadanya merancang untuk membuang baginda ke dalam sebuah telaga yang dalam. Mereka dengki kerana ayah mereka lebih sayangkan Nabi Yusuf dan adiknya, Bunyamin. Mereka membawa Nabi Yusuf ke suatu tempat yang agak jauh dan meninggalkannya dalam sebuah telaga. Setelah rancangan mereka berjaya, mereka kembali semula ke rumah dengan membawa bersama pakaian Nabi Yusuf.

Mereka menunjukkan baju tersebut kepada bapa mereka iaitu Nabi Yaakub sambil menangis-nangis. Mereka berbohong dan menyatakan bahawa Nabi Yusuf dibaham oleh serigala. Apabila mendengar cerita daripada anak-anaknya itu, Nabi Yaakub sangat sedih kerana Nabi Yusuf adalah anak yang paling disayangi.

Sementara itu, Nabi Yusuf yang berada di dalam telaga yang gelap itu berasa sangat takut dan sunyi. Baginda hanya mampu memandang langit dan bintang-bintang yang berkerdipan. Nabi Yusuf juga berasa sangat sedih kerana kini baginda sudah berjauhan dengan ayahnya, Nabi Yaakub. Perutnya pun mula terasa lapar.

Dalam keadaan sedih dan lapar itu, tiba-tiba Nabi Yusuf mendengar satu suara. Nabi Yusuf diam seketika. Tidak lama kemudian, Nabi Yusuf terdengar telapak kaki manusia yang sedang berjalan. Semakin lama bunyi tersebut semakin jelas. Rupa-rupanya itu adalah rombongan kafilah yang berhenti untuk mengambil air minuman.

Mereka menurunkan gayung ke dalam perigi tersebut. Nabi Yusuf mengambil kesempatan itu untuk naik. Baginda berpaut pada tali gayung tersebut sehinggalah ia ditarik semula ke atas. Rombongan kafilah itu terkejut apabila melihat seorang budak lelaki berpaut pada gayung tersebut.

“Siapa engkau wahai budak?” soal salah seorang daripada ahli rombongan tersebut.

“Namaku Yusuf. Aku telah ditinggalkan oleh saudara-saudaraku dalam perigi ini seorang diri. Aku tidak boleh keluar dari perigi ini sehinggalah ternampak tali gayung yang tuan hulurkan tadi,” jawab Nabi Yusuf kembali.

Nabi Yusuf mula dikelilingi oleh semua ahli rombongan tersebut. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menjual sahaja Nabi Yusuf apabila mereka sampai di kota Mesir nanti.

Nabi Yusuf bernasib baik apabila dibeli oleh seorang pembesar negara. Isteri pembesar itu sangat gembira apabila suaminya itu membawa pulang Nabi Yusuf ke rumah mereka. Mereka menjaga Nabi Yusuf seperti anak sendiri kerana mereka tidak mempunyai zuriat. Maka hiduplah Nabi Yusuf di rumah pembesar itu dengan gembiranya.



PENGAJARAN

* Janganlah melakukan penganiayaan terhadap orang lain lebih-lebih lagi kepada adik-beradik sendiri.

* Orang yang tidak berdosa akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t.

* Berbohong merupakan satu perbuatan yang keji dan dimurkai oleh Allah s.w.t.

PERBENDAHARAAN KATA

* Dibaham: dimakan

* Gayung: alat untuk mengambil dan mencebok air

* Zuriat: anak

INFORMASI

* Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak lelaki. Menurut para ulama hanya Nabi Yusuf sahaja yang dilantik menjadi Nabi. Sebab itulah Nabi Yaakub menyayangi Nabi Yusuf dan saudaranya Bunyamin.

Kategori Pembaca Al-Quran

Posted by Diriku

Kategori Pembaca Al-Quran dalam 24 jam adalah seperti berikut:

1. Muqatasin(Jutawan) 300-1000 ayat
2. Faizin (Berjaya) 200-299 ayat
3. Qanitin (Setia) 100-199 ayat
4. Hafizin (Pemelihara) 50-99 ayat
5. Zakirin (Ingat) 10-49 ayat
6. Ghafilin (Lalai/leka) 0-9 ayat

Jadi, di manakah kita berada? Fikirkan dan nilailah sendiri. Yang penting kita letakkan diri kita pada satu tahap dan berusaha serta berdoa untuk itu.